Pagi ni patut rehatkan badan mengurut.
.
Tapi sebab kes ini adalah penting, tunda dulu urut badan. Jumpa client untuk pengesahan dokumen yang diterima.
Pernah lihat dokumen ini ?
Betul semua yang tertera ?
Apa sebab dokumen ini dikeluarkan ?
Kenapa ada yang menyalahi keterangan dengan yang lain ?
.
Setiap dokumen akan ditanda.
.
Bayangkan kalau ada puluhan hingga ratusan mukasurat kena semak dan sah. Ya ianya tidak semudah makan cekodok pisang.
.
Jika dokumen itu meragukan, kena asingkan.
Jika sebahagian mukasurat itu sah, manakala yang lain tidak pasti, kena tandakan.
.
Apapun, semua bukti ( dokumen+saksi ) mesti konsisten dengan tuntutan. Inilah ultimate goal dalam Mahkamah.
.
Kena bagi Yang Arif Hakim yakin dan puashati, bahawa kes dan tuntutan dibawa adalah SOLID.
.
‘ Buat apa bayar Peguam mahal-mahal ? ‘
‘ Alah benda senang pun nak caj mahal ‘
.
Urus kes bukan seperti buat karipap. Tak percaya, buatlah sendiri.
.
Ariffin Hj Haron
Sedekad Urus Kes
Penang